Sabtu, 29 September 2012

PERKHIDMATAN KAUNSELING

Apa itu kaunseling?
Kaunseling satu proses menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling adalah:
  • Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.
  • Khidmat nasihat dan bimbingan.
  • Pentafsiran ujian psikologi kaunseling (INVENTORI)  

Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
  • Individu, pelajar, ibubapa, keluarga, remaja, OKU dan warga tua yang memerlukan.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khidmat kaunseling?
  • Anda boleh datang sendiri di alamat : no.25-A, Jalan Intan 13, Taman Cahaya Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
  • Anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji : 019-7883445
  • Melalui E-mel : perubatanislamdaura@yahoo.com

Apakah kelayakan seseorang Kaunselor?
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya.

Sejauh mana keberkesanan kaunseling yang diberikan?
  • Bergantung kepada sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh individu yang mendapatkan khidmat kaunseling.

Perlukah kaunseling diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah?
  • Perlu kerana masalah bukan sahaja datang dari kanak-kanak itu sendiri tetapi juga daripada faktor persekitaran seperti ibubapa, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan