Sabtu, 29 September 2012

PERKHIDMATAN KAUNSELING

Apa itu kaunseling?
Kaunseling satu proses menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling adalah:
  • Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.
  • Khidmat nasihat dan bimbingan.
  • Pentafsiran ujian psikologi kaunseling (INVENTORI)  

Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
  • Individu, pelajar, ibubapa, keluarga, remaja, OKU dan warga tua yang memerlukan.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khidmat kaunseling?
  • Anda boleh datang sendiri di alamat : no.25-A, Jalan Intan 13, Taman Cahaya Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
  • Anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji : 019-7883445
  • Melalui E-mel : perubatanislamdaura@yahoo.com

Apakah kelayakan seseorang Kaunselor?
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya.

Sejauh mana keberkesanan kaunseling yang diberikan?
  • Bergantung kepada sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh individu yang mendapatkan khidmat kaunseling.

Perlukah kaunseling diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah?
  • Perlu kerana masalah bukan sahaja datang dari kanak-kanak itu sendiri tetapi juga daripada faktor persekitaran seperti ibubapa, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.

Selasa, 25 September 2012

RAWATAN YANG DISEDIAKAN

  1. MIGRAIN
  2. BATUK TAHUN
  3. LELAH/SEMPUT
  4. BATUK KERING (TB)
  5. PARU-PARU BERAIR
  6. JANTUNG SUMBAT
  7. JANTUNG LEMAH
  8. BANYAK KOLESTROL
  9. BATU KARANG:• DALAM PUNDI KENCING • DALAM SALUR KENCING • DALAM BUAH PINGGANG
  10. BATU DALAM HEMPEDU
  11. RESDUNG: • BIASA • KULIT • MUKA
  12. SUSAH TIDUR MALAM
  13. MATA RABUN (SELAPUT)
  14. KENA SAMPUK / RASUK / HISTERIA
  15. DENA
  16. BUANG SAKA 7 KETURUNAN
  17. PELARIS KEDAI
  18. ZURIAT
  19. GANGGUAN SIHIR
  20. LEMAH SEMANGAT
  21. SEMANGAT HILANG
  22. DARAH GEMURUH
  23. PENERANG HATI
  24. ANAK-ANAK TIDAK MENDENGAR KATA/ NASIHAT
  25. ANAK LARI/ HILANG
  26. KERUKUNAN RUMAHTANGGA & KELUARGA
  27. BADI: • BINATANG • MAYAT
  28. PENDINDING DIRI
  29. PAGAR: • RUMAH • KEDAI DAN LAIN-LAIN
  30. MEMINDAHKAN @ MENGALIHKAN JIN
  31. MENGHALAU DAN MENANGKAP JIN
  32. MANDI CEPAT DAPAT JODOH
  33. MANDI UBAT
  34. KHIDMAT NASIHAT
  35. LAIN-LAIN MASALAH
INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH DAN BERUSAHA, SEMUA MASALAH ANDA DAPAT KAMI BANTU.
-SYARAT PERTAMA BERUBAT- “PERCAYA, YAKIN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH”
"KETAHUILAH BAHAWA: SEMUA PENYEMBUHAN DAN KEJAYAAN ADALAH HAK MILIK ALLAH YANG MUTLAK"

INFO SAKA

DEFINISI:
  • Dari segi bahasa adalah harta, benda, wang ringgit atau sebagainya yang boleh diwarisi.
  • Dari segi istilah bermaksud makhluk halus dari ilmu tertentu membabitkan jin yang diwarisi secara turun-menurun atau berpindah daripada seseorang yang empunya kepada seseorang yang lain dengan cara menuntut, mewariskan atau dipindahkan.
  • Saka diwariskan samada pewaris itu tahu atau tidak tahu, mahu atau tidak mahu. Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati. Saka juga berpindah kepada anak cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi. Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.
ANTARA JENIS SAKA:
  1. Saka Harimau: menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
  2. Saka Buaya: mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
  3. Saka Ular: mampu mengawal dan menjinakkan ular.
  4. Saka Bomoh: menjadikan milik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
  5. Saka Kuat atau Saka Penimbul: menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal.
  6. Saka Susuk: menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
TUJUAN MENGAMBIL SAKA:
  • Boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya seperti ingin menjaga keselamatn diri, keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.
MASALAH MEMILIKI SAKA:
  • Antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan individu kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjaga saka peliharaannya dengan darah, kemenyan dan sebagainya.
  • Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemiliknya meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin tersebut akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.
  • Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat, pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah.
APAKAH PETANDA SESEORANG ITU MEMPUNYAI GANGGUAN SAKA ATAU JIN?:
  1. Gejala pada waktu tidur
  • Susah tidur malam atau tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah
  • Sering terjaga waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih.
  • Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya.
  • Kalau mimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk kedalam jasadnya
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur (kanak-kanak dikenali dengan sawan tangis)
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau di kawasan perkuburan
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh atau menakutkan
  • Mimpi melihat budak kecil atau menyusukan bayi
  • Mimpi melihat salib, gereja atau bertemu paderi
  • Merintih dan menangis ketika tidur
2. Gejala waktu jaga
  • Sakit dari bahu hingga kepala (migrain)
  • Selalu lalai daripada mengingati ALLAH atau SOLAT
  • Sering lesu dan malas. Seluruh badan bisa-bisa dan sengal-sengal walaupun tidak membuat pekerjaan
  • Selalu sesak nafas atau tidak puas bernafas
  • Sentiasa berasa sakit dibahagian tulang belakang dan pinggang terutama bagi kaum lelaki
  • Terdapat tanda lebam-lebam di bahagian paha dan lengan terutamanya bagi kaum wanita
  • Melihat sesuatu yang pelik semasa terjaga
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor mentakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingatkan bahawa kanser berpunca dari jin
  • Sentiasa mangantuk walaupun sudah cukup tidur
  • Mudah marah dan panas baran yang sukar dikawal
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
  • Emosional dan terlalu sensitif
  • Berasa takut untuk tinggal sendirian kerana sentiasa berasa ada orang dibelakangnya
  • Sering terdengar namanya dipanggil orang tetapi apabila dicari tiada pemanggilnya
  • Terasa seperti ada ketulan dalam perut (rahim bagi wanita) dan ianya bergerak aktif apabila kita baring atau mengiring. Saka bagi kaum wanita, ibunya (puncanya) adalah didalam rahim
3. Kesan dan akibat daripada saka
  • Orang yang mewarisi saka sukar mendapat zuriat
  • Banyak perkara yang ganjil berlaku dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang yang aneh rupa parasnya namun orang lain tidak dapat melihatnya.
  • Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit malah penyakit aneh yang tidak mampu dikesan
  • Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat
  • Anak kepada anak cucu yang mewarisi saka akan sentiasa menangis semasa kecil dan semasa besar pula berperangai buruk
  • Anak cucu yang mewarisi saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang yang lebih tua daripadanya
  • Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang dan tidak aman
4. Kesan akhir kepada pewaris saka
  • Sukar untuk melafazkan kalimah syahadah ketika menghadapi sakaratulmaut
  • Menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar
  • Pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun sebenarnya dia sudah meninggal dunia kerana saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya
  • Saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya
5. Tanggungjawab penerima atau pemilik saka
  • Perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit kerana hukum menggguna atau mewarisi saka adalah haram dalam ISLAM
  • Sebagai pewaris, kita boleh membantu arwah yang mengambil saka pada permulaannya apabila kita memutuskan perjanjian ini
6. Rawatan
  • Untuk membuang saka perlu dirujuk kepada pengamal perubatan islam yang berlandaskan AL-QURAN dan SUNNAH serta mengelak daripada berjumpa bomoh