Kaunseling satu proses menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling adalah:
- Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.
- Khidmat nasihat dan bimbingan.
- Pentafsiran ujian psikologi kaunseling (INVENTORI)
Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
- Individu, pelajar, ibubapa, keluarga, remaja, OKU dan warga tua yang memerlukan.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan khidmat kaunseling?
- Anda boleh datang sendiri di alamat : no.25-A, Jalan Intan 13, Taman Cahaya Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
- Anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji : 019-7883445
- Melalui E-mel : perubatanislamdaura@yahoo.com
Apakah kelayakan seseorang Kaunselor?
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya.
Sejauh mana keberkesanan kaunseling yang diberikan?
- Bergantung kepada sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh individu yang mendapatkan khidmat kaunseling.
Perlukah kaunseling diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah?
- Perlu kerana masalah bukan sahaja datang dari kanak-kanak itu sendiri tetapi juga daripada faktor persekitaran seperti ibubapa, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.