Sabtu, 16 Februari 2013

ANAK KERAK

بسم الله الرحمن الرحيم




Apa itu Anak Kerak ?
Anak kerak atau Anak Krok, dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan (salai) oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini kerana, ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu, semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.
Anak kerak ini biasanya dibeli dari Tok Cha siam atau Tok Bomoh. Popularnya di Malaysia area Kelantan dan Kedah. Terdapat beberapa grade (semakin kuat semakin mahal). Tujuanya pelbagai, biasanya digunakan untuk pelaris (sehingga menutup kedai-kedai orang lain), pengasih, pendinding (kebal, kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain. Popular juga orang menggunakan anak kerak ini untuk bermain nombor ekor dan mahu cepat kaya. Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah ditapakan dan dibentukkan ke dalam acuan dijadikan patung kecil lalu dimasukkan ke dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu memilikinya. Manakala grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan dan dibalut kain kuning.

Orang yang beli anak kerak ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya kena beri MAKAN kepada anak kerak ini. Kalau tidak diberi makan maka akan mengamuklah anak kerak ini terhadap tuannya. Anak kerak yang paling "power" dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh. Mereka menggunakan beberapa "bodypart" (anggota/panca indera) janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka Tok Bomoh boleh tahu dengan menggunakan "bodypart" seperti mata janin disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm "spycam".

Selasa, 8 Januari 2013

APAKAH ITU QARIN?

Qarin adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.

Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”

Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qarinnya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).

Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

Ini merujuk kepada perkataan Qarin. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qarin.

Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qarin (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qarin, baginda menjawab, ya, saya pun ada qarin itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qarin itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata, "Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan."

Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qarin mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qarin ini, inikan pula insan biasa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa qarin ini ada pada setiap manusia. Bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qarin ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qarin inilah yang menjadi pendorong utama.

bersambung.......

SUSUK KUAT SOLAT?


KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan. Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan. Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa. Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat. Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Sumber : Harian Metro

ULASAN :

Perlulah dijelaskan bahawa kita sebagai manusia yang dicipta sebaik-baik kejadian yakni khalifah di muka bumi ini tidak boleh memohon perlindungan ataupun pertolongan selain daripada Allah S.W.T. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan syirik, satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah S.W.T melainkan dengan taubat nasuha.
Berdasarkan berita diatas, boleh saya katakan yang 'ustaz' itu telah melakukan kesalahan yakni mengamalkan ilmu yang salah di sisi syarak. Dalam masyarakat melayu kita ini, memang terlalu ramai yang tergelincir dengan mengamalkan ilmu salah. Pelbagai cara dan kaedah yang golongan ini gunakan dalam usaha untuk bersahabat dengan jin. Ada yang mengelarnya jin islam, rijalul ghaib, khadam ayat dan bermacam-macam lagi.
Bila sudah diseru dengan pelbagai cara (salah satu contoh diatas), maka datanglah makhluk yakni jin berdamping dengan si pemuja. Dalam kes tersebut, atas kekurangan pengetahuan (si pesakit), maka si 'ustaz' berkenaan telah memasukkan jin ke dalam badannya tanpa dia sedari. Termasuklah dengan pelbagai pantang larang yang mengarut dan masalah pelik yang dihadapi pesakit.
Apabila makhluk yang ada sebagai pendamping itu datang, maka inilah yang dikatakan ianya boleh membantu manusia merawat, menjaga rumah dan harta benda, pelindung diri, ilmu kebal dan termasuklah 'kuat solat' seperti yang berlaku kepada pesakit berkenaan. Lihat seperti ada unsur-unsur islam bukan, namun ianya tetap salah disisi agama dan bertentangan dengan hukum syarak. Sesungguhnya tipu daya iblis dan syaitan itu sangat tinggi, di luar kemampuan kita untuk mengatasinya kecuali dengan izin Allah aza wa jalla.
Akhir kalam, sesungguhnya syaitan itu pernah bersumpah di hadapan Allah S.W.T. Ia (syaitan/iblis) berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma`siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”. (QS Al-Hijr ayat 39-40) . Bermaksud bahawa makhluk ini sentiasa berusaha menyesatkan manusia, daripada awal kelahirannya, sehingga mati. Ketika itu makhluk ini akan pergi, meninggalkan manusia, sama ada mati dalam keadaan beriman ataupun dalam keadaan kufur.